PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERTANIAN

1. Khidmat perundingan & nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
2. Khidmat kepakaran analisis makmal dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
   i. Analisis tanah
ringkas dalam tempoh 7 hari.
separa dalam tempoh 35 hari.
lengkap dalam tempoh 60 hari.
   ii. Analisis baja
ringkas dalam tempoh 7 hari.
lengkap dalam tempoh 35 hari.
   iii. Analisis daun dalam tempoh 30 hari.
3. Khidmat Regulatori
   A) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
   i) Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanih, baja organik dan organisma berfaedah dalam tempoh 5 hari.
   ii) Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.
   B) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
   i) Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari.
   ii) Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari.
   iii) Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 15 hari.
4. Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan)
   A) Keputusan bagi permohonan pensijilan yang memenuhi syarat dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
   i) Pensijilan myGAP (Malaysian Good Agriculture Practices) dalam tempoh 2 tahun.
   ii) Pensijilan myOrganic (Malaysian Organic) dalam tempoh 3 tahun.
   B) Pensijilan yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
   i) Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 30 hari.
   C) Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan benih padi dan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
5. Aduan pelanggan akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima aduan.
** Tempoh masa merujuk kepada bilangan hari bekerja