Assalamualaikum W.T.B dal Salam Sejahtera.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana atas limpah dan kurnianya diberi tanggung-jawab untuk memimpin Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Wujudnya Portal Rasmi Jabatan Pertanian ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kemudahan pantas kepada kakitangan mahupun pemain industri pertanian.

Perkembangan pertanian semakin pantas seiring dengan arus semasa menjadikan bidang pertanian semakin popular. Teknologi terkini dalam menghasilkan klon tanaman yang lebih berkualiti serta menjimatkan masa menjadi satu trend pertanian masa kini. Sungguhpun begitu dalam mencari kaedah penghasilan tanaman terbaik kualiti serta keselamatan pengeluaran tetap menjadi fokus utama Jabatan Pertanian. Justeru galakan dan bimbingan petani kepada persijilan pertanian yang diiktiraf Jabatan seperti myGAP dan myORGANIC terus diperhebatkan.

Akhirkata terima kasih atas kunjungan keatas Portal Rasmi ini. Semoga bermanfaat.

ENCIK ZAHIMI BIN HASSAN

PENGARAH JABATAN  PERTANIAN NEGERI PAHANG