PENGENALAN RACUN PEROSAK

Definisi berdasarkan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 – Adalah apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif atau apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif atau lebih sebagai satu daripada juzuknya.

Definisi Perawis Aktif – Sebagaimana yang disenaraikan dalam jaduan Pertama, Akta Racun Makhluk Perosak 1974, yang mempunyai sifat-sifat racun makhluk perosak dan yang memberikan sifat kepada racun makhluk perosak kepada suatu bahan benda, persediaan atau campuran dan perawis itu merupakan satu dripada juzuk dalam bahan, benda, persediaan atau campuran.

Definasi Umum Racun Perosak – Racun Perosak adalah satu bahan atau campuran bahan-bahan yang boleh digunakan untu mengawal perosak samada secara membunuh, memusnah, mencegah,mengusur dan mengurangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *